Waran Tangkap Dikeluar Kepada Suspek Dera Anjing

Oleh: Wahida Ramlan

KAJANG: Mahkamah Sesyen Kajang mengeluarkan waran tangkap kepada suspek yang dilaporkan mendera anjing berjenis Husky miliknya di Kondominium Landmark Residence 1, di sini, hari ini.

Waran itu dikeluarkan semasa prosiding tersebut kepada Orang Kena Saman (OKS) apabila telah gagal hadir ke Mahkamah Tinggi bagi mendengar pertuduhan terhadap kes berkenaan dan hanya diwakili oleh peguamnya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkata, susulan kegagalan OKS untuk hadir ke mahkamah, Hakim telah mengeluarkan waran tangkap ke atas OKS dan menetapkan tarikh sebutan baharu pada 30 Ogos 2024, pukul 9 pagi.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini sehingga ianya selesai dibicarakan dan mendapat keputusan mahkamah.

Pada 4 Julai lalu, DVS melaporkan kertas siasatan dibuka untuk siasatan di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Sekiranya suspek didapati bersalah, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat