Oleh: Wahida Ramlan
NILAI: Seorang wanita berusia lingkungan 60-an menjadi mangsa penipuan yang menyebabkan kerugian sebanyak RM178,700 pada 25 Julai lalu.
Balai Polis Nilai memaklumkan menerima laporan pada 21 Ogos sekitar pukul 11.57 malam daripada pengadu yang menyatakan akaun banknya telah terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.
“Pengadu kemudiannya telah diarahkan untuk membuat pindahan ke dalam lima akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM178,700.
“Pengadu menyedari dirinya ditipu selepas memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya,” kata Ketua Polis Daerah Nilai, Abdul Malik Hasim menerusi satu kenyataan.
Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai dipercayai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha memberkas suspek terlibat untuk siasatan lanjut.