Lelaki maut terpelanting, tertusuk besi pembahagi jalan

Oleh: Kamilia Ali

SEREMBAN: Seorang lelaki maut terpelanting dan tertusuk besi rempuhan akibat dilanggar dari belakang di Kilometer 258.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), menghala ke selatan dekat Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Isnin.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Nazar Abd Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.44 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang lelaki berusia 31 tahun yang sedang membaiki kereta Perodua Myvi yang mengalami kerosakan di bahu jalan.

“Mangsa difahamkan berada di bahagian enjin hadapan telah terpelanting dan tertusuk besi pembahagi jalan akibat daripada rempuhan itu dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba yang bertugas.

“Namun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, seramai enam orang pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban terlibat dalam misi menyelamat bersama jentera FRT.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat