Longkang Kampung Kerinchi pula runtuh

Oleh: Farah Faizal

KUALA LUMPUR: Belum selesai isu tanah jerlus di Masjid India, terbaharu sebuah longkang pula runtuh di Kampung Kerinchi beberapa hari lalu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kerja pembaikan awal dilakukan dalam kes tersebut.

“Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, ‘water barrier’ dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian pada Isnin, pukul 10 malam,” katanya pada Selasa.

Sementara itu, dalam tragedi wanita warganegara India yang terjatuh dalam tanah jerlus sejak Jumaat lalu, Polis tidak meletakkan tempoh masa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut dan akan meneruskannya.

Anda Mungkin Berminat