Dua cedera dalam insiden lubang benam di Seoul


Oleh: Shafira Aziz

SEOUL: Dua cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam lubang benam hari ini di ibu negara Korea Selatan.

Memetik laporan Channel News Asia, kejadian tersebut berlaku ketika dua individu tersebut melalui sebuah jalan di daerah Sodaemun, barat Seoul.

Kereta yang dinaiki wanita berusia 70-an dan lelaki 80-an tersebut kemudiannya terbenam ke dalam lubang berkenaan secara mengiring.

Disebabkan insiden tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan berkenaan.

Punca kejadian lubang benam tersebut masih dalam siasatan dan lokasi kejadian telah ditutup oleh pihak berkuasa Korea Selatan.

Sementara itu, di ibu negara tragedi pelancong dari India terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu masih dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketujuh.

Anda Mungkin Berminat