Israel makin menggila, rancang lancar serangan darat di Gaza

Perdana Menteri Israel. Benjamin Netanyahu memaklumkan tenteranya kini giat membuat persediaan untuk melancarkan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, Netanyahu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perancangan serangan tersebut kerana bimbang akan mendapat kritikan daripada banyak pihak.

Katanya, keputusan tersebut akan dibuat oleh Kabinet Perang Israel.

“Kami telah membunuh ribuan nyawa dan ini hanya permulaan. Saya tidak akan menjelaskan persiapan kami dan sebahagian besar tidak diketahui umum,” ujarnya.

Israel telah melakukan pengeboman intensif di Semenanjung Gaza susulan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas negara zionis itu sehingga menyebabkan 1,400 rakyat Israel terkorban.

Serangan balas Israel melalui udara ke atas Hamas pula telah mengorbankan lebih 6,500 rakyat Palestin. – Agensi

Anda Mungkin Berminat