Polis Pahang lupus 12 jenis dadah bernilai lebih RM500,000

Oleh: Hanim Nadia

KUANTAN: Polis Pahang akan melupuskan 12 jenis dadah dianggarkan bernilai RM535,009 yang dirampas dari 2011 hingga tahun ini, pada Rabu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang itu akan dilupuskan kontraktor bertauliah di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal di Bukit Pelanduk, Melaka.

“Antara dadah yang dilupuskan ialah heroin seberat 8,465.45 gram, methamphetamine (22,041.39 gram), ketamin (237.92 gram), ubat batuk (310.69 liter), air ketum (4,840.85 liter) dan daun ketum (70,016.71 gram).

“Turut dilupuskan ialah yaba seberat 149.19 gram, ecstasy (56.06 gram) dan pil psikotropik 0.10 gram).

“Jumlah anggaran keseluruhan nilai pasaran dadah yang akan dilupuskan bernilai RM535,009,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, dadah itu dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman dikenakan terhadap pesalah kes terbabit tamat.

Anda Mungkin Berminat