PALAPES dukung HANRUH Negara – Menteri

Oleh: Shafira Aziz

TANJONG MALIM: Angkatan Sukarela memainkan peranan penting dalam mendukung konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) Negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menyatakan bahawa program perkongsian dua hala penting dalam memperkasakan jati diri Angkatan Sukarela untuk memahami konsep HANRUH Negara berdasarkan pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS).

“Agenda utama program perkongsian tersebut adalah untuk mengukuhkan perkembangan terhadap Angkatan Tetap dalam mendepani sebarang bentuk ancaman termasuk usaha dalam memacu Pegawai Simpanan (PALAPES).

“Keutamaan ini akan terus menggalakkan bakal Pegawai Muda PALAPES untuk terus kekal berkhidmat sebagai Pegawai Sukarela sekali gus menyumbang kepakaran yang dimiliki oleh mereka dalam mendukung HANRUH negara,” katanya dalam kenyataan.

Khaled berkata demikian kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan PALAPES yang menghadiri Program Executive Lecture Defence Minister di Universiti Pendidikan Sultan Idris, di sini pada Khamis.

Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) dan Markas Angkatan Tentera Malaysia – Bahagian Mobilisasi Angkatan Simpanan (MATM-BMAS).

Ia turut bersempena dengan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Ke-42 yang bakal diadakan pada 21 September 2024.

Anda Mungkin Berminat