Lelaki tempatan ‘layan’ syabu ditahan

Oleh: Kamilia Ali

KERLING: Polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes dadah di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, hasil pemeriksaan yang telah dijalankan, pasukan polis menjumpai satu paket plastik lutsinar yang berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Berikutan kejayaan ini, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah, balai-balai berdekatan atau Facebook Polis Dearah Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Selangor akan mengambil tindakan segera ke atas setiap maklumat serta aduan yang diterima tanpa sebarang kompromi serta prejudis.

Kerjasama daripada masyarakat amat dialu-alukan bagi mengekalkan persekitaran yang kondusif serta selamat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat