Oleh: Liyana Marzuki
Kafir, Sesat, Peliwa*, Hoi ya Hoi
Itu yang selalu kita dengar. Ini antara label yang diberikan oleh orang politik. Agar pengundi membenci lawannya.
Sasaran politik benci dan propaganda, ialah musuh politik perlu menjadi ANATHEMA (kecaman serius atau kutukan)
Perkataan latin ini bermaksud, perkara yang paling dibenci dan harus ditolak.
Cakap bahasa pasar kita, benda yang jadi ‘pantang nenek moyang’. Ni bukan cerita pantang nampak terus ngap ya. Ni level dengar nama pun dah boleh naik amarah, nak dekat pun geli geleman.
Strategi propaganda politik begitulah. Mereka akan cuba tanam kebencian pengundi kepada lawan mereka.
Tu sebab ada Ulamak Politik sejak dari dulu melabel semua orang – UMNO dulu kafir sekarang upgrade jadi Dajal, bila mereka bersengketa.
Bila mereka satu geng jadi, “kita semua ini bersaudara, satu bangsa, satu agama”.
ANATHEMA itu ikut selera. Berbolak balik kawan dan lawan itu kerja hakiki mereka.
Belah PH kata, kita baik dengan UMNO kerana nak bina negara. Belah PN pula kata, kita perlukan UMNO untuk lindungi bangsa.
Akhir sekali UMNO yang dikatakan perompak, penyamun dijadikan dambaan kedua-dua belah. Tak cukup jumlah punya angkara dan Games of Throne juga.
Pengundi makin bijak
Pengundi pada saya sekarang makin bijak. Ramai yang bukan partisan, tidak taksub parti atau pemimpin.
Bila nampak orang politik pun set lalang bertukar-tukar kawan dan lawan. Si Kafir dan Sesat, Penyamun dan Hoi ya Hoi boleh disucikan. Bila sama kepentingan.
PRK and PRN baru2 ini kita boleh nampak. Pengundi boleh bertukar fikiran.
Politik bina negara
Bila dunia politik haru biru, rupanya ada sinar baru. Pengundi Malaysia majoritinya sudah tidak mahu pajak otak lagi. Itu tunjukkan kematangan demokrasi.
Kerja kita sekarang, faham kan anak kita. Politik itu perkara utamanya untuk bina negara. Bukan hanya untuk bina satu-satu kaum atau agama.
Paling penting, jangan taksub menyukai pemimpin berhala. Atau taksub membenci ANATHEMA mereka.
Sesungguhnya mereka boleh bertukar bila-bila masa, demi kuasa.
Suatu masa nanti, si Dajal boleh bertukar jadi Maksum, ikut selera semasa.
***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial