Khairul Aming, Pinn Yang serikan Keretapi Sarong 2024


Oleh: Shafira Aziz

ACARA tahunan Keretapi Sarong (KS) antara acara negara yang dinanti-nantikan oleh semua lapisan masyarakat khususnya generasi muda.

Pada edisi kali ini, KS 2024 (KS24) turut menampilkan beberapa figura terkenal antaranya pempengaruh media sosial, Khairul Aming dan Pinn Yang.

Khairul, atau nama penuhnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 32 dilihat memakai baju putih kosong berserta ‘outerwear’ berwarna hitam dan kain sarung berwarna merah.

Pengusaha Sambal Nyet berapi tersebut dilihat berjalan bersama rakan pempengaruh yang turut dikenali ramai, Azfar Heri, 26.

Selain Khairul, beberapa buah video di laman sosial turut menunjukkan seorang lagi pempengaruh, Pinn Yang turut menyerikan acara tersebut.

Pinn Yang, yang terkenal menerusi video ‘social experiment’ di samping memberi hadiah yang lumayan kepada pengikutnya itu mengenakan baju Melayu cekak musang dan lengkap bertanjak.

Untuk rekod, KS24 diadakan lebih awal berbanding kebiasaan pada tahun ini untuk menghormati sambutan Maulidur Rasul yang disambut pada hari yang sama iaitu 16 September.

Bertemakan ‘Bangga Malaysia’, acara tersebut turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Anda Mungkin Berminat