Anwar bincang isu hal ehwal Islam dengan agamawan

Oleh: Kamilia Ali

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mengadakan siri pertemuan dan musyawarah dengan para agamawan di sini, untuk bertukar pandangan mengenai pembangunan hal ehwal Islam dan isu semasa berkaitan Islam di Malaysia.

Menerusi laman Facebook miliknya, siri pertemuan tersebut memberi banyak kata sepakat dalam penambahbaikan urusan hal ehwal agama dalam negara.

“Saya percaya melalui muafakat dan perbincangan yang tuntas, kita boleh mencari banyak kesepakatan dalam menambah baik dan menguruskan urusan hal ehwal Islam di Malaysia.

“Pendekatan yang lebih inklusif dan berhikmah dalam mencari jalan terbaik isu berkaitan Islam adalah keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk terus komited dalam mengemukakan mesej Islam yang rahmah serta berorientasi keadilan dan ihsan seiring semangat Malaysia Madani,” katanya.

Turut hadir pada sesi perbincanga itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Dr Nooh Gadot; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah; Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh; Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar; Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Anwar turut berkongsi maksud Surah As Syura ayat 38 iaitu menerangkan bahawa kenikmatan ukhrawi yang lebih baik dan lebih kekal itu juga akan diperoleh oleh orang-orang yang menerima seruan Tuhan mereka serta menerima kenikmatan ukhrawi itu adalah mereka yang menginfakkan di jalan Allah dengan tulus dan ikhlas sebagian daripada rezeki.

Baca juga: