Polis jejak banduan lari dari Hospital Sungai Buloh

Oleh: Haikal Tajuddin

SUNGAI BULOH: Seorang banduan yang memiliki lapan rekod jenayah dan dadah disyaki berjaya melarikan dengan berpakaian pesakit hospital di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Daerah Sungai Buloh, banduan sudah tidak berada di katilnya pada jam lebih kurang 3:56 petang, semalam.

Dikatakan, individu itu merupakan banduan yang ditahan di Penjara Sungai Buloh namun menerima rawatan di hospital yang berdekatan dengan kawasan tersebut.

“Banduan tersebut adalah lelaki berbangsa India yang dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan, 27 tahun dengan ketinggian 169cm,” jelasnya.

Namun begitu, pihak polis masih tidak menjumpai banduan tersebut malah terus giat untuk mencari namun turut mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi bantu menyelesaikan misi pencarian itu.

“Kerjasama daripada semua orang amatlah kami perlukan bagi memudahkan sesi pencarian.

Sekiranya, terdapat daripada mana-mana pihak yang memiliki maklumat mengenai kedudukan terkini banduan diminta untuk segera melaporkan kepada pihak pejabat polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-615222 atau boleh segera menghubungi IPD berdekatan,” jelasnya.