Banduan hilang kini sah ditahan semula

Oleh: Syahirah Harish

SUNGAI BULOH: Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan penangkapan semula banduan reman yang melarikan diri semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Menurut kenyataan jabatan tersebut, tangkapan berjaya dilakukan oleh pegawai penjara pada pukul 11 pagi di Terminal Bas Rapid Kuantan, Pahang.

Jelasnya, pihaknya menerima maklumat dan laporan yang diperoleh daripada orang awam.

“Banduan reman tersebut telah diserahkan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Tindakan tegas akan diambil kepada individu yang cuai dalam menjalankan tugas hingga berlakunya kejadian kelarian banduan,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Penjara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang awam serta pihak yang telah mebantu sepanjang operasi dijalankan.

Sebelum ini, seorang banduan yang memiliki lapan rekod jenayah dan dadah disyaki berjaya melarikan dengan berpakaian pesakit hospital di Hospital Sungai Buloh pada 18 September lalu.

Dikatakan, individu itu merupakan banduan yang ditahan di Penjara Sungai Buloh namun menerima rawatan di hospital yang berdekatan dengan kawasan tersebut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat