GISBH: Polis Kedah serbu premis di tiga daerah

Oleh: Hanim Nadia

SUNGAI PETANI: Polis Kedah telah melakukan serbuan dan pemeriksaan ke atas premis GISB Holdings di tiga daerah membabitkan operasi Op Global.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, serbuan dilakukan selaras arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam Op Global fasa empat bagi mengumpul bahan bukti dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan berkenaan.

“Memang kita ada buat pemeriksaan. Saya rasa tiada isu mereka nak melarikan diri ataupun menutup tempat tetapi fizikal yang kita tengok hasil daripada pemeriksaan yang kita buat memang ada yang tutup dan ada yang buka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Pelupusan Barangan Kes Trafik dan Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Selasa.

Sejak Op Global fasa pertama awal bulan ini, lebih 300 individu, termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, 572 mangsa diselamatkan, manakala tujuh dihadapkan ke mahkamah atas 29 pertuduhan.