Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan satu hantaran tular di media sosial berkenaan Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 September 2024 berbentuk wang tunai.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan JPN, tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai yang dibuat oleh jabatan itu.
“Hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.
“Sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, ianya boleh disemak di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bantuantunai.hasil.gov.my,” jelasnya.
Selain itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran seperti yang berkenaan dan jangan sesekali menekan sebarang pautan yang tidak pasti.
Dalam pada itu, untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
Baca juga: