Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia didapati mengalami sedikit penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), harini.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar jam 1.26 tengahari, mata wang tempatan menyusut kepada 4.1625/1680 kepada sesi pertengahan berbanding sesi pembukaan pada jam 8 pagi tadi iaitu 4.1595/1680.

Dalam kenyataan yang sama, ringgit didagang juga dilihat tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Seperti Euro yang menunjukkan peningkatan kepada 4.6025/6119 daripada 4.6078/6166 dan dilihat lebih baik berbanding pound British daripada 5.5335/5441 pada Selasa dan kini kepada 5.5301/5330.

Bagi mata wang tempatan pula, BNM melaporkan ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Sebagaimana di negara Singapura, nilai dolar kini menjadi 3.2284/2353 daripada 3.2269/2334 berbanding bath Thailand kepada 12.7749/8104.

Rupiah di Indonesia dan juga peso di Filipina turut dilaporkan rendah pada hari ini dengan masing-masing mencatatkan nilai sebanyak 273.5/274.2 dan 7.40/7.42.