Perseteruan bola sepak kekal di padang

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, Tunku Ismail bertitah bahawa beliau dan Sultan Selangor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.

“Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak, khususnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja dan wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang,” titahnya menerusi Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, timbul desas desus hubungqn dingin antara pasukan bola sepak kedua-dua negeri susulan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mendenda Selangor FC susulan ketidakhadiran pasukan itu ke Perlawanan Sumbangsih pada 10 Mei lepas.

Anda Mungkin Berminat