Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Khutbah Jumaat di masjid Selangor hari ini bakal menyentuh kembali isu berkaitan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dengan tajuk ‘Betulkan Akidah Pengikut GISBH’.
Menerusi teks khutbah yang dikongsikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), khutbah menyentuh pemahaman ajaran Al-Arqam yang dituntut oleh ahli-ahli GISBH pada masa kini.
JAIS juga turut menjelaskan bahawa Al-Arqam dahulunya merupakan ajaran ilmu agama dan kini menjadi perniagaan sehingga mampu mempengaruhi pelusuk dunia.
“Apa yang sedia kita maklum, Ashaari Muhammad (pengasas Al-Arqam) masih memiliki pengaruh yang kuat walaupun dia sudah meninggal dunia pada 2010.
“Namun begitu, dia masih dihormati oleh pengikutnya walaupun sudah disahkan haram dalam kalangan masyarakat sehingga ia sebagai sebagai aktiviti sosial yang diperniagakan,” jelasnya pada Jumaat.
Dalam kenyataan sama, umat Islam akan turut didedahkan terhadap maksud sebenar penyimpangan menerusi konsep GISBH.
“Menerusi konsep ini, terdapat empat penyimpangan yang dibuat oleh pengikut-pengikut GISBH dan perkara ini sangat perlu diketahui oleh semua umat Islam supaya tidak terpesong dengan ajaran Islam yang sebenarnya,” jelasnya.