Media antarabangsa sifatkan Anwar lantang bersuara isu global

KARISMATIK Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menambat pelbagai media antarabangsa yang menyifatkan teraju Malaysia itu sebagai berani bersuara.

Portal media persendirian, Zeteo yang dikendalikan pemenang wartawan terbaik, Mehdi Hassan berkata Anwar Ibrahim menentang kemunafikan Barat di Gaza.

Dalam temu bual eksklusif, pemimpin Malaysia itu bercakap mengenai Gaza, Amerika Syarikat (AS), China dan Uyghur, Islam serta banyak lagi.

Menurutnya kisah Anwar Ibrahim adalah antara yang luar biasa dalam politik moden. 

“Selepas ditendang keluar daripada kerajaan Malaysia oleh mentornya sendiri pada tahun 1998, Anwar dengan cepat menjadi ketua pergerakan pembangkang Malaysia, tetapi kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan palsu dan bermotifkan politik.

“Hari ini, Anwar telah beralih daripada duduk dalam kurungan bersendirian kepada menduduki kerusi tertinggi dalam politik Malaysia, selepas memenangi jawatan perdana menteri pada 2022 pada usia matang 75 tahun.

“Beliau kini memimpin salah satu ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, dan salah satu yang paling pelbagai negara di bahagian dunianya, yang juga merupakan negara demokrasi majoriti Muslim,” katanya dalam wawancara tersebut.

Antara topik lain yang dikupas ialah hubungan yang semakin meningkat dengan Rusia dan China, Trump, Islam dan Islamofobia dan juga kritikan pedas PMX terhadap pembunuhan beramai-ramai Gaza dan sokongan Barat terhadap Israel.