Bina Kekuatan Parti, Bukan Empayar Peribadi

KULIM: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan agar pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berjawatan dalam kerajaan sekarang jangan lupa menyantuni ahli-ahli apabila turun ke kawasan yang dilawati.

Jelas beliau ingatan ini selaras dengan pesanan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan agar tidak lupa jasa ahli-ahli di bawah.

“Jangan lupa luang masa untuk jumpa rakan-rakan parti bila turun ke mana-mana negeri untuk program.


“Jangan lupa jasa orang parti yang berjuang untuk dapatkan kita jawatan ini,”katanya yang menyampaikan nasihat oleh Anwar yang juga Presiden PKR.


Katanya, inilah yang selalu diingatkan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila kami dapat jawatan.


“…dan InsyaAllah saya akan selalu ikut nasihat beliau,” katanya ketika berucap di Program Setia Keadilan (PKR) di Kulim.


Jelas Saifuddin yang juga Setiausaha Pakatan Harapan dalam program itu, beliau turut menganjurkan dialog dan interaksi bersama rakan parti yang berbilang kaum dan bangsa tentang hala tuju parti.


“Tindakan dan kerjasama yang perlu dibuat dalam parti dan yang penting juga adalah untuk kita kekalkan keharmonian dan keunikan PKR yang meraikan kepelbagaian bangsa.


“Bina kekuatan parti dan bukan kuatkan empayar politik peribadi,” tegasnya yang juga Menteri Dalam Negeri.


Beliau juga menyeru agar ahli-ahli parti membina semula kekuatan parti di Kedah dan bersama kita kuatkan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anda Mungkin Berminat