Oleh: Haikal Tajuddin
NILAI ringgit yang diniagakan hari ini dilaporkan susut kepada 4.2920 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada jam 12 tengah hari, nilai ringgit kini diniagakan kepada 4.2920/3005 berbanding semalam iaitu daripada 4.2800/2830.
Namun, nilai mata wang utama yang didagang menunjukkan trend positif berbanding sesi penutupan semalam.
Seperti di Eropah, nilai mata wang telah naik kepada 4.6957/7056 daripada 4.6939/6972, pada hari semalam.
Nilai yen Jepun juga turut memperlihatkan trend peningkatan yang kukuh iaitu kepada 2.8764/8841 daripada 2.8792/8815.
Namun begitu, pound di British dilaporkan merosot kepada 5.6090/6208 daripada 5.6012/6052.
Bagaimanapun, di peringkat ASEAN, nilai mata tempatan juga memperlihatkan peningkatan seperti nilai baht di Thailand yang kini sebanyak 12.7886/8354 daripada 12.8010/8157 semalam.
Ia juga turut sejajar dengan nilai dolar di Singapura yang di kini dilaporkan kepada 3.2797/2901 berbanding sesi penutupan pada semalam iaitu 3.2822/2848.
Sementara itu, nilai peso di Filipina dan rupiah di Indonesia menjadi sedikit merosot dengan nilai 7.52/7.55 (peso) dan 274.2/275.2 (rupiah).