Oleh: Haikal Tajuddin
KUALA LUMPUR: Ibu kota dilanda banjir kilat setelah hujan tidak berhenti sejak awal pagi tadi.
Hal itu menyebabkan aliran trafik terjejas disebabkan air bertakung dan juga jalan yang licin.
Antara yang terjejas ialah Jalan Kuching, Jalan Pantai Baru, Jalan Genting Klang, Jalan Pantai Dalam.
Selain itu, Universiti Malaya (UM) turut mengeluarkan memo agar pelajar tidak perlu datang ke universiti disebabkan beberapa fakulti seperti Fakulti Undang-undang sudah digenangi air banjir.
Dilaporkan UM terjejas sehingga menghalang laluan jalan dari Kuala Lumpur ke Kampus induk pagi ini.

Keadaan itu terjadi susulan daripada hujan lebat yang berlaku kira-kira dua jam bermula sekitar pukul 8 pagi ini.
“Kepada semua warga kampus dan pengguna jalan raya, jangan masuk melalui gate Kuala Lumpur kerana sekarang banjir yang amat tinggi.
Dalam pada itu, sekitar Taman Melawati juga turut dilaporkan menghadapi tanah runtuh akibat daripada hujan lebat dan masih tidak berhenti sehingga ke hari ini.
Laporan ini dikongsikan oleh warganet menerusi aplikasi X yang dipercayai telah melalui menyebabkan berlakunya banjir lumpur di beberapa kawasan di sekitar taman Melawati.