Dewan Rakyat Lulus Pindaan Kewarganegaraan 2024

Oleh: Kamilia Ali

PARLIMEN: Dewan Rakyat, hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

RUU ini diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 59 Ahli Parlimen.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa selain 19,317 permohonan kewarganegaraan yang telah diluluskan bagi tahun 2024, kementerian akan turut membangunkan prosedur operasi standard (SOP) terutama bagi permohonan paling tinggi iaitu Fasal 15A berkait anak tidak sah taraf, anak angkat, anak jagaan, dan Fasal 19(1) iaitu permohonan naturalisasi.

“SOP bagi kedua-dua fasal itu siap dan telah disediakan serta diberi kelulusan oleh Jemaah Menteri.

“Mengenai penguasaan bahasa Malaysia, syarat tersebut hanya diketatkan kepada kumpulan pemohon yang berusia antara 40 dan 60 tahun,” kata Saifuddin.

Pindaan ini juga memperuntukkan hak sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.

Baca juga: