Setiausaha Politik PM Ziarah Keluarga Mangsa Kemalangan Maut UiTM Dungun

PETALING JAYA: Baru-baru ini, Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menziarahi keluarga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin, salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di UiTM Dungun.

Insiden menyayat hati itu telah mengorbankan nyawa tiga anak muda.

Dalam kunjungan tersebut, Datuk Farhan Fauzi yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan ucapan takziah dan sumbangan bagi pihak Anwar kepada keluarga Allahyarham Khairil.

“Saya amat bersimpati dan berdukacita dengan insiden ini yang telah meragut nyawa mereka.

“Mendoakan agar keluarga mangsa dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian berat ini, serta diberikan keadilan,” kata Anwar menerusi satu hantaran.

Semoga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin bersama-sama dua sahabatnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah, katanya.

Baca juga: