Ringgit Malaysia kembali meningkat pada 4.3065

Oleh: Haikal Tajuddin

NILAI ringgit hari ini memperlihatkan trend peningkatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan berbanding semalam.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada jam 2 petang, nilai ringgit telah diniagakan pada 4.3065/3250 berbanding pada sesi penutupan semalam iaitu 4.3075/3105.

Hal yang sama juga di peringkat mata wang utama turut meningkat sedikit berbanding hari sebelumnya.

Seperti nilai mata wang di Eropah, dilaporkan meningkat kepada 4.6674/6831 daripada 4.6771/6803 semalam.

Ia juga turut sejajar dengan nilai yen di Jepun yang kini mencecah kepada 2.8730/8808 daripada 2.8790/8812 pada Khamis.

Akan tetapi, nilai pound di British sedikit merosot daripada 5.6077/6006 kepada 5.6025/6286.

Namun begitu, nilai mata wang diniagakan di peringkat ASEAN kebanyakkannya meningkat sebagaimana yang berlaku di Singapura, nilai dolar kini dilaporkan sebanyak 3.2758/2912.

Ia turut diikuti Thailand yang mana nilai bath telah mencecah kepada 12.9614/13.0326 daripada 12.9619/9776.

Sejajar dengan rupiah Indonesia iaitu kepada 277.5/279.0, akan tetapi nilai peso di Filipina masih memperlihatkan nilai yang sama kepada 7.44/7.48.