GSC Citta Mall tamat operasi 30 Oktober ini

Oleh: Kamilia Ali

PANGGUNG wayang Golden Screen Cinema (GSC) Citta Mall akan dihentikan operasi dengan tayangan terakhir pada 30 Oktober ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi GSC menerusi hebahan di media sosialnya, pengumuman tersebut diwar-warkan agar pelanggan pawagam berkenaan masih boleh menonton filem di GSC Paradigm Mall, di sini.

“Kami ingin memaklumkan bahawa GSC Citta Mall akan menghentikan operasi, dengan tayangan terakhir pada 30 Oktober 2024.

“Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang kami beroperasi di sini. Anda masih boleh menikmati filem kegemaran anda di lokasi terdekat kami, GSC Paradigm Mall, Petaling Jaya. Jumpa anda di sana!” ujarnya.

Terdahulu, GSC sebelum ini mengumumkan operasi pawagamnya di 3 Damansara ditutup pada 18 Mac lalu, manakala pada tahun 2023, GSC Berjaya Times Square mengumumkan akan menjalankan tayangan terakhir pada 26 November dan akan berhenti operasi pada 27 November, selang kurang tiga bulan penutupan di Alamanda Putrajaya.