Israel halang pasukan PBB salur bantuan ke Palestin


Oleh: Haikal Tajuddin

TEL AVIV: Tentera Israel dilaporkan telah menghalang pasukan di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada terus memberikan perkhidmatan bantuan penyelamat kepada penduduk di Gaza.

Memetik Al-Jazeera hari ini, pasukan itu dihantar PBB susulan penduduk Gaza dikepung dan terperangkap di bawah runtuhan di Utara Gaza.

“Saya menganggap Israel sebagai ‘bantuan senjata’ kerana mereka menyekat pekerja PBB daripada terus sampai kawasan yang dikepung,” jelas Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam Lubnan berkata, serangan Israel yang berlaku berhampiran dengan Hospital Universiti Rafik Hariri di Beirut telah membunuh empat individu termasuk kanak- kanak.

“Kini di Gaza, sudah 42,603 orang terbunuh dan 99,795 cedera dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 2023.

“Dianggarkan 1,139 orang terbunuh di Israel semasa serangan pimpinan Hamas pada 7 Oktober, dan lebih 200 telah ditawan,” jelasnya.

Namun begitu, bekas menteri kehakiman Israel, Yossi Beilin pula berkata, wajar peperangan itu dihentikan dan mengharap lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken ke Israel dapat menyumbang kepada pilihan gencatan senjata.

“Sudah tiba masanya untuk menamatkan perang ini. Kita semua membayar harga yang sangat tinggi.

“Kita semua menderita. Kita semua mangsa. Kita bersaing antara satu sama lain yang menjadi mangsa yang lebih besar.

“Saya berharap lawatan Antony Blinken ke Israel akan sekurang-kurangnya menyumbang kepada pilihan gencatan senjata,” ujarnya.

Anda Mungkin Berminat