Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda enam negeri pagi ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku melebihi sejam.
“Kawasan yang terlibat adalah seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang. Di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.
“Cuaca sama turut melanda Selangor di Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.
Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).
Tidak ketinggalan Labuan turut menerima cuaca yang sama pagi ini.
Baca juga: