Agong perkenan lapan Akta diluluskan pada sidang Parlimen lalu

PARLIMEN | Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan lapan akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada 24 Jun hingga 18 Julai lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata lapan akta itu adalah Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024, Akta Keterangan (Pindaan) 2024, Akta Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2024.

Akta Angkatan Tentera (Pindaan) 2024, Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Pindaan) 2024, Akta Timbang Tara (Pindaan) 2024 dan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024.

Anda Mungkin Berminat