ETS, KTM buka jualan tiket awal sempena Aidilfitri 2025


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity mengumumkan penjualan tiket dibuka lebih awal, sempena dengan perayaan Aidilfitri tahun hadapan.

Dalam satu kenyataan, KTM Berhad menyatakan penjualan tiket itu mula dibuka pada hari ini, sekitar jam 12 tengah hari.

Pengumuman ini dibuat, adalah untuk memberi kemudahan kepada semua rakyat terutama yang beragama Islam supaya dapat membuat perancangan perjalanan lebih baik untuk pulang ke kampung halaman.

“Oleh hal demikian, mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan ETS dan KTM boleh mendapatkan tiket melalui aplikasi KTMB Mobile, secara dalam talian atau boleh mendapatkannya menerusi mesin kios Tiket.

“Kami turut menyarankan pengguna KTM untuk membuat tambahan nilai KTM Wallet bagi memudahkan proses pembayaran tiket,” jelas pihak KTM Berhad.

Sebagai info, cuti perayaan Aidilifitri dipercayai jatuh pada hujung bulan Mac tahun hadapan.

Anda Mungkin Berminat