JPJ Arah Panggil Balik 3,700 Kenderaan Perodua dan Honda

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula sebanyak 3,722 kenderaan Perodua dan Honda susulan masalah teknikal yang dikenal pasti.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, menyatakan panggilan semula ini melibatkan model Perodua Alza dan Aruz kerana masalah ketinggian sasaran lampu utama serta model motosikal Honda CB350RS yang mempunyai isu pada sensor kelajuan roda.

“Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pengeluar kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak Perodua dan Boon Siew Honda untuk proses penyelarasan slot pemeriksaan di pusat servis seluruh negara atau boleh ‘walk-in’ bagi memudahkan proses.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui talian Perodua di 1-800-88-6600 atau aplikasi U-First, dan untuk Honda melalui talian 1-800-88-3993 atau laman web rasmi Boon Siew Honda.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat