BEKAS Presiden, Barack Obama dan isterinya, Michelle Obama mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Bagaimanapun, kata Obama, keputusan itu bukan hasil yang diharapkan.
“Tetapi hidup dalam demokrasi adalah tentang mengiktiraf bahawa pandangan kita tidak akan selalu menang dan bersedia menerima peralihan kuasa secara aman,” katanya dalam satu kenyataan.
Pasangan itu yang telah berkempen untuk calon Presiden, Kamala Harris berkata, “Sejak beberapa minggu lalu dan melalui Hari Pilihan Raya, berjuta-juta rakyat Amerika membuang undi mereka bukan sahaja untuk presiden, tetapi untuk pemimpin di setiap peringkat.
“Kini keputusannya dalam dan kami ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden Trump dan Senator Vance atas kemenangan mereka,” ujarnya.
Trump menang sekali lagi apabila berjaya memperoleh lebih 270 undi elektoral.
Beliau memenangi lebih 270 undi elektoral sekali gus melayakkannya menjadi Presiden AS untuk kali kedua selepas mencabar jawatan itu pada tahun 2017 hingga Januari 2021.
Ketika Trump memenangi jumlah undi elektoral itu, pencabarnya utamanya, Kamala Harris daripada Parti Demokrat terpaksa berpuas hati dengan memperoleh kurang daripada 230 undi elektoral.
Beliau jauh meninggalkan Harris sejak di peringkat awal lagi apabila media AS mengunjurkan kemenangan Trump di 20 negeri sebelum ini.
Trump memperoleh kemenangan besar di Texas dan Ohio serta sebilangan negeri lain yang cenderung menyokong Parti Republikan.
Baca juga: