Ringgit menurun sementara dalam sesi pembukaan

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia dilaporkan sedikit menurun pada sesi pembukaan berbanding sesi penutupan semalam.

Menerusi data yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit yang diniagakan pada pukul 9.30 pagi mencatatkan kepada 4.4685, berbanding 4.4450 pada sesi penutupan semalam.

Namun begitu, ringgit diperdagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6610/6864, berbanding 5.6678/6736 pada Rabu, serta naik berbanding yen Jepun kepada 2.8642/8773 berbanding 2.8692/8723 semalam.

Ringgit juga menunjukkan kenaikan berbanding euro kepada 4.7058/7269, berbanding 4.7241/7289 sebelum ini.

Bagi mata wang ASEAN, ringgit diniagakan bercampur-campur seperti nilai baht di Thailand kepada 12.7424/8073 daripada 12.8235/8416 semalam, serta naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3170/3321 daripada 3.3244/3280.

Namun, ringgit merosot berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.62 berbanding 7.57/7.58 semalam dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 282.2/283.6 berbanding 281.5/282.0 sebelum ini.

Baca lagi.

Anda Mungkin Berminat