PETALING JAYA: Nilai dolar Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan unjuran tertinggi mingguan sekali gus memberi lonjakan kepada paras tertinggi tahun ini.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Pengerusi rizab persekutuan, Jerome Powell, peningkatan dolar itu dijangka menaikkan hasil perbendaharaan jangka pendek.
Manakala, saham Asia pula walaupun terjejas sepanjang minggu, namun dijangka ditutup stabil, didorong oleh data ekonomi positif dari China.
“Jualan runcit di negara kedua terbesar ekonomi dunia itu sudah melepasi jangkaan pada Oktober dan ia memberikan petunjuk positif untuk perbelanjaan pengguna.
“Namun terdapat beberapa indikator lain yang masih gagal memenuhi ramalan,” jelasnya, memetik The Edge pada Jumaat.
Tambahnya lagi, tiada keperluan mempercepatkan pemotongan kadar faedah berlaku kerana ekonomi AS masih berkembang dengan pasaran pekerjaan yang kukuh dan inflasi kekal di atas sasaran dua peratus.
Seterusnya, jangkaan terhadap pelonggaran dasar monetari yang lebih agresif di Eropah dipercayai semakin menurun, kini didagang pada paras terendah dalam tempoh setahun.
Susulan itu, ringgit Malaysia hari ini masih kekal pada kadar yang positif.
Seperti data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit hari ini telah dibuka pada 4.4810 berbanding 4.4840, di sesi penutupan semalam.
Baca juga: