Oleh: Haikal Tajuddin
KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia (RM) kembali mencatatkan momentum unjuran sangat positif berbanding minggu lalu.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit yang diniagakan pada suku pertama pembukaan ini adalah sebanyak 4.4680.
Namun begitu, sesi penutupan pada Jumaat lalu, ringgit telah diniagakan pada kadar 4.4715 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit bergerak kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6368/6494, berbanding 5.6573/6656 pada Jumaat lepas, dan naik berbanding Eropah kepada 4.7066/7171 daripada 4.7224/7292.
Namun, ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8936/9003 daripada 2.8774/8818.
Mata wang tempatan menunjukkan prestasi yang bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.63 daripada 7.61/7.63, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 281.4/282.2 daripada 281.6/282.2, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3284/3361 daripada 3.3330/3381.
Walau bagaimanapun, ringgit jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8383/8789 daripada 12.8307/8541 sebelum ini.
Baca juga: