Perkukuh sistem pengurusan bencana negara demi nyawa rakyat


Oleh: Shafira Aziz

DUBAI: Pengaplikasian teknologi terkini merupakan elemen penting dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inovasi pengurusan bencana oleh National Fire Fighting Manufacturing FZCO (NAFFCO) mampu memperkasa Malaysia menghadapi cabaran bencana alam.

“Teknologi inovatif seperti AI (kecerdasan buatan) dan IoT (internet of things) berpotensi memperkukuhkan sistem pengurusan bencana negara, sekali gus meningkatkan keupayaan kita dalam menangani cabaran semasa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika meninjau sendiri operasi NAFFCO dekat sini dalam rangka lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) di Dubai minggu ini.

Tambahnya lagi, kerjasama dengan syarikat-syarikat seperti NAFFCO boleh membawa manfaat besar, termasuk memperkasa pasukan penyelamat dan memastikan perlindungan terhadap nyawa, harta benda dan alam sekitar.

Usaha seperti ini bukan sahaja relevan dalam konteks ancaman global tetapi juga kritikal dalam membina persekitaran yang lebih selamat dan mampan untuk generasi akan datang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat