Ringgit Malaysia susut berbanding Dolar AS kepada 4.700

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM), nilai Ringgit Malaysia (RM) yang didagangkan pada hari ini adalah sebanyak 4.700 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding dengan nilai penutupan semalam sebanyak 4.4685.

Difahamkan, penurunan ini adalah kali pertama berlaku, setelah beberapa hari nilai ringgit yang diniagakan menunjukkan prestasi peningkatan yang progresif.

Walau bagaimanapun, ringgit bergerak lebih tinggi berbanding mata wang utama lain seperti pound Britain (kepada 5.6568/6694 berbanding 5.6620/6690 pada penutupan semalam), euro (kepada 4.7136/7242 daripada 4.7178/7236 sebelumnya) dan rupiah Indonesia (kepada 281.6/282.4 daripada 281.5/282.0).

Namun, ringgit menyusut berbanding yen Jepun (2.8785/8853 berbanding 2.8696/8733), baht Thailand (12.8997/9375) dan dolar Singapura (kepada 3.3291/3368 daripada 3.3290/3333).

Selain itu, ia turut diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang serantau.

Walau bagaimanapun, nilai ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina apabila mencatatkan 7.58/7.60 berbanding 7.58/7.59 pada akhir urusniaga semalam.

Anda Mungkin Berminat