Lelaki maut, tragedi lori undur sendiri


Oleh: Shafira Aziz

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal berusia 32 tahun maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kerinchi, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan insiden itu melibatkan tiga kenderaan, termasuk sebuah lori, sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Beliau berkata kejadian bermula apabila sebuah lori yang sedang mengisi minyak brek di kawasan tapak pembinaan secara tiba-tiba bergerak mengundur dengan sendiri.

“Lori tersebut merempuh pagar keselamatan dan memasuki jalan utama, menyebabkan motosikal hilang kawalan ketika cuba mengelak.

“Mangsa terjatuh dan terperosok di bawah tayar belakang lori, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu lori telah ditahan untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, pemandu Honda Jazz turut mengalami kecederaan ringan dengan luka di bahagian dahi.

Rusdi turut menegaskan bahawa semua pihak perlu memastikan semua kenderaan diselenggara dengan baik dan langkah keselamatan dipatuhi sepenuhnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat