Banjir Kelantan: TNB Henti Bekalan Elektrik Di Lima Pencawang

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menutup bekalan elektrik di beberapa pencawang sekitar Pasir Puteh, Kelantan setakat pukul 4 petang ini bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

TNB dalam satu kenyataan berkata, kawasan terjejas termasuk Kota Bharu (G-Orange, Sekolah Kebangsaan Kadok dan Taman Sri Kulim).

“Manakala di dan Pasir Putih (DPS9-12, BELB Sungai Gali, Kilang Bata Tasek Pauh dan Yik Tualang Tinggi),” menurut kenyataan itu.

TNB memaklumkan bahawa sekiranya banjir semakin buruk dan berisiko membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat.

Orang ramai juga diingatkan untuk mengelak dari memijak kawasan yang berair jika terdapat talian elektrik putus atau jatuh di atas tanah atau dalam air.

Setakat jam 7 malam ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 19,162 orang daripada 5,690 keluarga yang berteduh di 120 pusat pemindahan sementara (PPS).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat