Malaysia Sumbang RM1.5 Juta Kepada Lubnan

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Malaysia telah menyumbang RM1.5 juta kepada Lubnan sebagai lambang solidariti berterusan kepada rakyat negara itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Duta Besar Lubnan ke Malaysia, George Bitar Ghanem dalam satu majlis di Kementerian Luar Negeri pada Jumaat.

“Bantuan tersebut diharapkan dapat membantu dan mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas akibat serangan Israel terutamanya ketika Lubnan bakal memasuki musim sejuk,” kata kenyataan tersebut.

Katanya, Malaysia telah menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Lubnan semasa pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati di sela-sela Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi, pada 11 November lalu.

Tambah kenyataan itu, Malaysia kekal komited untuk menyumbang kepada inisiatif kemanusiaan antarabangsa dan menyokong usaha membina keamanan di zon konflik.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat