Tuhan, sampaikan rindu kami kepada ‘Bapa Rahmah’- Hannah

PETALING JAYA: Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, terus dikenang sebagai ‘Bapa Rahmah’ atas sumbangan besarnya dalam meringankan beban rakyat.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dalam satu hantaran di platform X, mengenang pemergian Allahyarham pada hari yang sepatutnya menjadi ulang tahun kelahirannya yang ke-63.

β€œHe would have been 63 today. Thinking of Salahuddin Ayub on his birthday. So dearly missed. He is irreplaceable. Bapa Rahmah kesayangan semua. Tuhan tolong sampaikan rindu kami,” tulis Hannah pada Ahad.

Untuk info, Salahuddin dikenali sebagai pemimpin yang memperjuangkan inisiatif Rahmah, termasuk Menu Rahmah, yang memberikan manfaat besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Legasi beliau sebagai ‘Bapa Rahmah’ masih dirasai oleh rakyat dan rakan seperjuangan sehingga kini.

Pemergian beliau pada Julai tahun lalu meninggalkan kekosongan yang sukar diganti, namun nilai-nilai rahmah yang diperjuangkannya terus menjadi inspirasi kepada kepimpinan negara.

Sebelum ini, Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden AMANAH itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam anak iaitu empat lelaki dan dua perempuan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat