Oleh: Hanim Nadia
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor menyumbang RM500,000 kepada negeri-negeri yang ditimpa musibah banjir di seluruh negara.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri itu, Mohd Fared Mohd Khalid, bantuan diberikan sebagai tanda keprihatinan sesama ummah.
“Susulan bencana banjir yang semakin teruk, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menyalurkan sumbangan sebagai tanda keprihatinan untuk mangsa banjir.
“Peruntukan RM500,000 itu akan diagihkan menerusi Majlis Agama Islam yang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Setakat jam 2 petang tadi, seramai 1124,886 orang daripada 37,474 keluarga masih ditempatkan di 542 PPS di sembilan negeri.
Kelantan paling terjejas setakat ini dengan seramai 77,885 mangsa masih berada di 215 PPS membabitkan 24,068 keluarga daripada sembilan daerah.
Pahang menjadi negeri terbaru yang dilanda banjir melibatkan 1,596 mangsa dan sebanyak 22 PPS dibuka di tiga daerah terlibat iaitu Raub, Jerantut dan Lipis.
Baca juga: