Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah mengadakan sesi pertemuan rasmi dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, semalam.
Pertemuan tersebut menyentuh tentang perbincangan pelbagai isu-isu semasa dan bertukar-tukar fikiran berkenaan sukan bola sepak.
Di mana, foto-foto pertemuan itu telah dikongsikan menerusi Facebook Selangor Royal Office.
Menerusi ruangan komen, ramai di kalangan warga maya menyokong pertemuan itu dan menyifatkan ia adalah perkara yang positif bagi menyatukan kedua-dua belah pihak.
“Elok benarkah kerabat bekerjasama. Kita hamba rakyat menjunjung kasih atas segala titah,” tulis Helmi Mohd Foad.
“Happy (gembira) tengok gambar ini sebenarnya.. Mereka okay sahaja… Yang tak okay peminat-peminat ini sahaja.
“Semoga terus baik-baik sahaja raja-raja di Malaysia ini dan dirahmati Allah SWT supaya dapat membela nasib rakyat-rakyat Malaysia dan pelihara agama Islam,” kata Kecik AR.
“Daulat Tuanku. Ambil lah perkara baik dalam sukan ilmu yang ada pada TMJ yang sangat luas tu. Baik untuk pasukan Selangor dan juga juara,” komen Muhammad Zakaria.
Baca juga: