PM: PDRM beri makna kejayaan Madani


Oleh: Shafira Aziz

PETALING JAYA: Keseimbangan antara keselamatan, undang-undang tertegak dan keadilan adalah kunci negara yang makmur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk merealisasikannya, isu tatakelola dan salah guna kuasa harus diberi tumpuan serius.

“Sekiranya kita mahu negara ini terbela dan terangkatnya darjat rakyat, maka isu tatakelola dan salah guna kuasa harus diberikan tumpuan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anwar berkata demikian ketika meluncurkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPFC) di Dewan Merdeka, WTC hari ini.

“Setelah dua tahun memimpin Kerajaan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) adalah institusi yang sangat kritikal dalam memberi makna kepada kejayaan-kejayaan kita, lantas penghargaan sepenuhnya kepada seluruh pasukan PDRM,” katanya.

Untuk rekod, IPFC ini diharap dapat menjadi langkah penting dalam menangani isu tatakelola serta salah guna kuasa, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap (PDRM) sebagai institusi yang dihormati.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat