Kanak-Kanak OKU hilang di Subang Perdana


Oleh: Shafira Aziz

SUBANG PERDANA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang sejak Sabtu di sini.

Dia dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki berusia lingkungan 20-an.

Berita kehilangan kanak-kanak bernama Dhiya Azzahra ini telah dimuat naik salah seorang ahli keluarganya, Fareid Radzi.

Menerusi hantaran tersebut, Dhiya, yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU), hilang sekitar pukul 9 pagi.

“Mohon bantuan semua kawan-kawan, dipercayai telah dilarikan oleh seorang lelaki,” tulis Fareid sambil memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat.

Fareid turut memaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan dan operasi pencarian.

Dia juga menyeru orang ramai untuk mendoakan keselamatan anak saudaranya.

“Sama-sama kita doakan, InsyaAllah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fareid turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan untuk segera menghubunginya melalui WhatsApp di talian 012-9201240.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat