KECEWA, majoriti peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa sedih apabila Harimau Malaya sekadar seri 2-2 dengan Kemboja pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh malam tadi.
Kempen Piala ASEAN 2024 yang kurang meyakinkan itu bermula dengan baik setelah pemain Sabah FC, Stuart John Wilkin membuka jaringan pada minit ke-35.
Bagaimanapun, memasuki separuh masa kedua, Kemboja bangkit dengan jaringan penyamaan menerusi Coulibaly Abdel Kader pada minit ke-52 seterunya mendahului 2-1 pada minit ke-60.
Malaysia kembali mengikat kedudukan pada minit ke-74 selepas kesilapan penjaga gol Kemboja dengan gol penyamaan Fergus Tierney dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Anak buah Pau Marti Vicente seterusnya akan menentang Timor Leste bagi aksi kedua Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.
Malaysia menghuni Kumpulan A bersama juara bertahan Thailand, Singapura dan Timor Leste sementara Kumpulan B terdiri daripada Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam.
Sementara itu, menerusi sosial media Harimau Malaya, mereka menyatakan pasukan Kemboja semakin kuat dengan pemain naturalisasi.
“Kemboja bukan Kemboja yang dulu, dengan ada beberapa pemain naturalisasi membantu perubahan permainan Kemboja, ‘fast game’ yang menjadi ancaman pasukan Malaysia. Kemboja juga lakukan transisi permainan yang baik. Rembatan Fergus selamatkan kita.
“Banyak lagi pemain Malaysia kena perbaiki dari perlawanan pertama. Bukan keputusan yang baik, cuma kita patut tiga mata game macam ni.
“Ayuh penuhkan stadium pada hari rabu ini 11 Dis 2024 di Bukit Jalil menentang Timor-Leste. Apa-apa good game boys! Kita buat lain next game,” tulisnya.
Baca juga: