PETALING JAYA: Kediaman aktres terkenal Rozita Che Wan, atau lebih dikenali Che Ta, dilaporkan diserbu oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pagi tadi di Kota Damansara.
Memetik laporan Sinar Harian, serbuan itu dipercayai susulan kegagalan selebriti berusia 51 tahun tersebut menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
“Menurut sumber, tindakan itu bertujuan membolehkan pihak Mara membuat penilaian barangan di dalam rumah bagi tujuan penyitaan,” kata laporan tersebut.
Ketika kejadian, Che Ta dan suaminya, pelakon Zain Saidin, difahamkan tiada di rumah. Hanya ibu kepada selebriti itu yang berada di kediaman mewah dua tingkat berkenaan.
Bagaimanapun, selepas lebih sejam penilaian dilakukan, anak sulung Che Ta, Ammar Effendi, dilihat memasuki rumah tersebut.
Sehingga kini, pihak Che Ta mahupun Zain Saidin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Baca juga: