Hampir 38,000 rumah Madani akan dibina di Pulau Pinang

BATU KAWAN: Pembangunan perumahan mampu milik yang berkualiti tinggi penting kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata biar pun pertumbuhan ekonomi terus meningkat, namun keselesaan rakyat tidak boleh dilupakan.

“Saya tekankan kepentingan memenuhi aspek manusiawi dan keperluan asas rakyat dalam mana-mana projek perumahan khususnya rumah mampu milik.

“Apa guna kita bergebang soal mencapai kemajuan pembangunan tetapi lupa kepada keperluan asas perumahan yang perlu diberi perhatian sewajarnya untuk dimanfaatkan masyarakat secara keseluruhan,” katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI pada Selasa.

Untuk rekod, ia membabitkan hampir 38,000 unit kediaman, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM13 bilion di Pulau Pinang.

Projek yang akan dibina di Batu Kawan dan Seberang Jaya itu akan turut dilengkapi dengan kemudahan dan infra seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna dan taman permainan.

“Moga projek perumahan pembangunan yang mensasarkan golongan B40 dan M40 ini dapat membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kelangsungan hidup dan mengubah taraf hidup ke arah yang lebih baik, Insya-Allah,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat