Oleh: Shafira Aziz
KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan seorang warga emas rakyat China yang dilaporkan hilang di kawasan Suria KLCC pada 8 Disember baru-baru ini.
Xu Baolin, 84 kali terakhir dilihat di tingkat dua Medan Selera Suria KLCC sebelum dilaporkan hilang oleh keluarganya keesokan harinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, laporan mengenai kehilangan itu diterima pada pukul 11.42 pagi hari Isnin.
“Kami memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan individu tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Xu memiliki ketinggian 159 cm dan memegang pasport nombor ED2112829.
Difahamkan, usaha mencari masih diteruskan, namun setakat ini tiada petunjuk baharu mengenai lokasi warga emas tersebut.
“Sebarang maklumat berkaitan individu ini boleh disalurkan kepada Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002264 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222,” tambahnya.
Dalam pada itu, orang ramai yang berada di kawasan sekitar pada tarikh kejadian diminta untuk tampil memberikan maklumat sekiranya mereka pernah melihat Xu.
“Setiap maklumat amat penting untuk membantu kami dalam usaha membawa beliau kembali ke pangkuan keluarganya,” ujarnya.
Baca juga: